Siapa yang ada kucing kat rumah mesti pernah lalui situasi ni - jumpa sofa kita yang cantik tu dah jadi mangsa cakaran si comel. Kucing mencakar tu normal, sebab tu lah kita ada pelbagai cara yang boleh kita cuba, termasuk penggunaan sofa yang lebih tahan lasak. Mari kita lihat lebih lanjut!
Kenapa Kucing Suka Cakar Sofa?
Kucing mencakar bukan sebab dia nakal, tapi sebab tu lah tabiat dia. Kucing mencakar ni untuk tajamkan kuku, tandakan kawasan dia, dan jugak untuk luahkan emosi dan tenaga dia. Kenapa pilih sofa? Sebab tekstur dan kestabilan sofa bagi kucing rasa puas bila dia mencakar.
Macam Mana Nak Elak Kucing Cakar Sofa?
Ada beberapa cara simple yang kita boleh cuba untuk jaga sofa kita dari cakaran kucing.
1. Sediakan Tempat Khas Untuk Kucing Mencakar

Photo by Pinterest
Cara paling mudah, sediakan 'cat scratcher' atau tiang khas untuk kucing mencakar. Macam tu, dia boleh mencakar puas-puas tanpa kena marah sebab rosakkan perabot rumah.
2. Gunakan Spray Anti Cakar Kucing

Photo by Pinterest
Cara lain ialah gunakan spray anti cakar kucing. Bahan kimia dalam spray ni akan keluarkan bau yang kucing tak suka, jadi dia akan elak dari mencakar sofa kita.
3. Buat Sofa Menjadi Kurang Menarik Untuk Dicakar
Boleh juga try lindungi sofa kita dengan buat ia kurang menarik untuk kucing. Contohnya, letak aluminium foil atau plastik sekeliling sofa. Biasanya kucing tak suka texture macam ni dan akan elak mencakar.
4. Guna Pelindung Sofa

Photo by Pinterest
Pelindung sofa juga boleh jadi pilihan. Vinyl guard atau furniture protector ni boleh tolong lindungi sofa kita dari cakaran kucing dan pastikan sofa kita tetap cantik dan menawan.
5. Pilih Sofa yang Sesuai Untuk Kucing: Kriteria Penting
Pemilihan sofa juga penting. Contohnya, sofa yang diperbuat daripada bahan seperti leathaire dan kain microfibre. Kain microfibre ni bagus sebab teksturnya kurang menarik untuk kucing mencakar dan mudah nak dibersihkan kalau kucing kita buat accident. Leathaire pulak tahan lasak, tahan kelembapan, dan senang dibersihkan — pilihan terbaik untuk rumah yang ada kucing di Malaysia. Untuk perbandingan bahan yang lebih lengkap, baca panduan bahan sofa untuk rumah Malaysia.
Bahan-Bahan Sofa yang Kurang Menarik untuk Kucing
Sekarang kita dah tahu bahawa memilih sofa yang sesuai untuk kucing adalah penting, marilah kita lihat lebih dekat kelebihan bahan-bahan tertentu yang membuatkan mereka pilihan terbaik.
1. Microfibre: Bahan Sofa yang Praktikal dan Tahan Lasak
Microfibre pilihan popular dikalangan pemilik kucing dan bukan tanpa sebab.
Kelebihan Microfibre
Bahan ni keras dan tahan lasak, so tak mudah koyak kalau kucing mencakar. Plus, kalau si kucing ada buat 'perangai' dan tumpahkan air ke apa, jangan risau, microfibre ni tahan air. Cuma ambil kain basah atau vacuum je, dah bersih balik. Ditambah lagi, ia hypoallergenic, jadi kurang risiko alergi untuk kita dan si kucing.
Kekurangan Microfibre
Walau bagaimanapun, microfibre ni kurang sikit dalam aesthetic. Ia mungkin tak memberikan rasa mewah macam kulit atau velvet. Tapi kalau fokus kita adalah keselesaan dan ketahanan, microfibre tu jawapannya!
2. Vinyl atau Kulit: Pilihan Bergaya dan Classy
Mau lebih classy sikit? Boleh pilih vinyl atau kulit. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang perbezaan kulit asli dengan bahan sintetik untuk rumah Malaysia, baca panduan fabrik vs kulit sofa.
Kelebihan Vinyl atau Kulit
Bahan ini memang power. Nampak mewah, lagi-lagi kalau pilih kulit. Mudah nak bersihkan, dan tahan lama jika kita jaga baik-baik.
Kekurangan Vinyl atau Kulit
Tapi, ada masalah sikit. Si kucing kita ni suka mencakar, dan kulit dengan vinyl ni boleh kena calar dan rosak. So, kalau nak pilih bahan ini, kena lah ada strategi nak elakkan kucing dari mencakar. Leathaire — bahan yang lebih tahan lasak berbanding vinyl biasa — adalah alternatif yang lebih sesuai untuk pemilik kucing.
3. Baldu (Velvet)
Kalau nak rasa macam royalty sikit, sofa baldu tu jawapannya!
Kelebihan Baldu
Nampak mewah, dan rasa pun sangat lembut dan selesa. Kucing pun suka tidur atas kain baldu. Lagipun, bulu kucing boleh dibersihkan dengan mudah. Tambah lagi, ia kurang menarik untuk kucing mencakar, so, boleh tahan lama sikit!
Kekurangan Baldu
Kain baldu boleh menyerap tumpahan dan akan nampak kotor kalau tak bersihkan dengan betul. Jadi, kena rajin sikit lah jaga kalau pilih sofa baldu ni.
Pilihan Sofa Anti Cakar untuk Rumah yang Ada Kucing (2026)
Dah faham bahan-bahan sofa yang tahan cakaran, sekarang mari kita tengok pilihan sofa yang sesuai untuk pemilik kucing di Malaysia. Sofa-sofa FRWD di bawah ni dibuat daripada bahan leathaire, performance fabric, atau bouclé — semua tahan lasak dan sesuai untuk gaya hidup aktif bersama kucing.
1. Sofa Leathaire — Tahan Cakar & Tahan Kelembapan
Leathaire adalah pilihan terbaik untuk pemilik kucing di Malaysia. Ia menggabungkan rupa mewah seperti kulit dengan ketahanan tinggi — permukaan dia tak mudah terkoyak oleh kuku kucing, dan senang dibersihkan dengan kain basah sahaja. Berbeza dengan kulit asli yang boleh retak dalam cuaca lembap Malaysia, leathaire kekal cantik dalam jangka masa panjang.
Model Agnelli FRWD — sofa bouclé melengkung bergaya kontemporari 2026 — dan model Malibu — sofa L-shape modular untuk ruang condo — adalah antara pilihan popular dalam koleksi FRWD yang sesuai untuk rumah berkucing.
2. Sofa Compact untuk Ruang Kecil
Pemilik kucing yang tinggal di condo atau rumah kecil boleh pertimbangkan sofa compact yang mudah dialihkan dan dibersihkan. Model Abaco FRWD — sofa 2-seater compact untuk ruang bawah 200 cm — sesuai untuk bilik tamu kecil tanpa mengorbankan kualiti bahan.
3. Sofa L-Shape — Lebih Luas untuk Kucing dan Keluarga
Kucing suka ruang yang luas untuk baring dan bermain. Sofa L-shape memberikan lebih banyak permukaan untuk semua ahli keluarga — termasuk si berbulu. Pilih bahan leathaire atau performance fabric untuk ketahanan jangka panjang.
4. Sofa Compressed — Senang Masuk Lif Condo
Kalau tinggal di condo dengan lif sempit, sofa compressed FRWD adalah penyelesaian praktikal. Sofa ini dihantar dalam keadaan dimampatkan dan mengembang selepas dikeluarkan — tak perlu risau soal akses lif. Bahan performance fabric pada sofa compressed juga tahan lasak dan mudah dibersihkan dari bulu kucing.
5. Cara Pilih Sofa Anti Cakar: Senarai Semak Ringkas
Sebelum buat keputusan, semak perkara-perkara berikut:
Bahan: Leathaire, microfibre leather, atau performance fabric — semua lebih tahan daripada kulit asli atau kain linen biasa
Kepadatan busa: Minimum 30 kg/m³ untuk ketahanan jangka panjang; tanya vendor sebelum beli
Kewangan: Untuk perbandingan harga mengikut tier, baca panduan harga sofa Malaysia
Jenama: Untuk perbandingan 7 jenama sofa di Malaysia, baca panduan perbandingan jenama sofa
Lihat koleksi sofa penuh FRWD →
Cara Hilangkan Kesan Cakar Kucing Pada Sofa

Photo by Pinterest
Jangan risau kalau sofa anda dah dicakar oleh kucing. Ada beberapa cara yang boleh kita cuba untuk pulihkan semula sofa kita.
Langkah-langkah Nak Membaiki Sofa yang Dicakar Kucing
Tampung area yang dicakar tu dengan tapak perbaikan kulit yang sesuai. Tak perlu tampal banyak-banyak, cukup melekap je.
Lepas tu, guna alat perbaikan kulit untuk ratakan tapak tu, pastikan takde belon atau gelembung.
Biar je ia kering dengan sendirinya.
Dah kering, baru la kita boleh warnakan semula area yang kita tampal tu supaya nampak sama dengan warna sofa kita.
Cara Buang Kesan Cakar Kucing pada Sofa Anda
Gunakan pencuci khas untuk buang kesan cakar. Jangan pakai yang kasar sangat nanti sofa kita yang tercalar.
Guna sikat berbulu lembut je untuk sapu area yang dicakar tu.
Lepas tu, lap je dengan kain basah dan biarkan dia kering.
Kesimpulan
Kita beli sofa pun nak yang tahan lama kan? Lagi-lagi kalau ada kucing dalam rumah, mesti nak yang boleh tahan cakaran. Tu sebab pentingnya memilih sofa yang sesuai untuk kucing — bahan leathaire, microfibre leather, dan baldu semuanya lebih tahan cakaran berbanding fabrik biasa, dan selesa untuk kucing kita berehat.
Koleksi sofa FRWD direka khas dengan bahan yang sesuai untuk iklim dan gaya hidup Malaysia — termasuk rumah yang ada kucing. Selain daripada rupa yang cantik dan moden, sofa FRWD fokus pada kepraktisan: tahan lasak, mudah dibersihkan, dan tersedia dalam pelbagai saiz untuk condo dan rumah landed.
Bacaan lanjut: Panduan Bahan Sofa untuk Rumah Malaysia · Fabrik vs Kulit: Sofa Mana Lebih Sesuai? · Perbandingan 7 Jenama Sofa di Malaysia · Panduan Harga Sofa Malaysia
Interior Designer · FRWD Furniture
Laila is a furniture and interiors specialist at FRWD Furniture's Bangsar Experience Centre, with expertise in contemporary design trends, material finishes, and creating spaces that balance aesthetics with everyday function.
Frequently Asked Questions
1.Sofa apa yang tahan cakaran kucing?
Sofa apa yang tahan cakaran kucing?
Bahan terbaik untuk pemilik kucing adalah leathaire, microfibre leather, dan performance fabric. Ketiga-tiga bahan ini tahan lasak, kurang menarik untuk dicakar, dan mudah dibersihkan dari bulu kucing. Elakkan sofa berbahan kain linen kasar atau velvet longgar kerana kuku kucing mudah tersangkut. Lihat koleksi sofa FRWD yang mengutamakan bahan tahan lasak untuk rumah Malaysia.
2.Boleh ke vacuum bulu kucing pada sofa baldu?
Boleh ke vacuum bulu kucing pada sofa baldu?
Boleh — sofa baldu sebenarnya lebih mudah dikumpul bulu kucing berbanding kain bertekstur kasar. Gunakan vacuum attachment berbulu lembut atau roller pelekat bulu. Untuk panduan lengkap cara membersihkan pelbagai jenis sofa fabrik, baca cara cuci sofa fabrik.
3.Adakah sofa kulit sintetik selamat untuk kucing?
Adakah sofa kulit sintetik selamat untuk kucing?
Ya — kulit sintetik (termasuk leathaire dan vinyl) selamat untuk kucing dan lebih tahan lasak daripada kulit asli dalam iklim lembap Malaysia. Permukaannya halus dan tidak menarik untuk dicakar, mudah dilap, dan tidak menyerap bau. Untuk perbandingan lengkap bahan kulit asli vs sintetik, baca panduan fabrik vs kulit sofa.
4.Berapa harga sofa anti cakar di Malaysia?
Berapa harga sofa anti cakar di Malaysia?
Sofa dengan bahan tahan cakaran (leathaire, microfibre, performance fabric) tersedia dalam pelbagai julat harga — dari RM1,500 untuk pilihan mid-range hingga RM5,000+ untuk sofa premium. Secara umum, belanjawan RM2,500–5,000 memberikan ketahanan bahan yang baik untuk penggunaan harian bersama kucing. Untuk pecahan lengkap mengikut tier harga, baca panduan harga sofa Malaysia.
5.Adakah ada sofa khas untuk pemilik kucing di Malaysia?
Adakah ada sofa khas untuk pemilik kucing di Malaysia?
Tiada jenama yang mengkhususkan diri untuk "sofa kucing" secara eksklusif, tetapi beberapa jenama menawarkan bahan yang sangat sesuai untuk pemilik haiwan peliharaan. FRWD mengutamakan leathaire dan performance fabric sebagai bahan utama — kedua-duanya tahan lasak dan mudah dijaga. Untuk perbandingan 7 jenama sofa di Malaysia mengikut bahan dan kesesuaian, baca panduan perbandingan jenama sofa Malaysia.




